My Songs

Wednesday, 18 November 2015

MATA PELAJARAN FEQAH..

SOLAT SUNNAT DHUHA..

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
  
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:



DOA DHUHA





Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”




sumber : http://ibuberbicara.blogspot.my

7 comments:

  1. Perkongsian yang bagus dan video yang menarik. Anak2 mudah menghafal bila mendengar lagu.

    ReplyDelete
  2. thank for doa tu.... bagus sgt2.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Ilmu yang berguna lagi bermanfaat...

    ReplyDelete
  4. info n perkongkisan video yang menarik...tq.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang memberi manfaat...bagus...

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang memberi manfaat...bagus...

    ReplyDelete