My Songs

Monday, 16 November 2015

JOM MASAK..

TERASA MACAM NAK MAKAN IKAN SIAKAP 3 RASA..

saya ada menyediakan cara - cara untuk masak ikan siakap 3 rasa..boleh la cuba ea..

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA.                          

Bahan-Bahan:

Bahan untuk menggoreng ikan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit Kunyit
Bahan untuk kuah:
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 inci halia, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan, dihiris nipis
  • 1 batang halia, dititik
  • 6 biji cili padi , dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Dain bawang untuk hiasan

    










       CARA-CARA:-

  1. Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
  4. Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
  5. Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
  6. Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
  7. Hiasakan dengan daun bawang.
UNTUK MEMUDAHKAN LAGI BAGI ANDA YANG INGIN MENCUBA..SAYA ADA MENYEDIAKAN VIDEO CARA-CARA MASAK IKAN SIAKAP 3 RASA



MAKHRUJ HURUF (TEMPAT KELUAR HURUF)


PENGERTIAN MAKHRUJ HURUF

Bahasa : Tempat keluar.
Istilah   : Tempat keluar huruf - huruf hijaiyyah bahasa arab dari alif hingga ya.

BAHAGIAN MAKRUJ HURUF IALAH:-

1. الجوف (RONGGA MULUT)
2. الحلق (RONGGA KERONGKONG)
3.اللسان (RONGGA LIDAH)
4.الشفتان (DUA BIBIR MULUT)
5.الخيشوم (RONGGA HIDUNG)

PENGERTIAN RONGGA MULUT.
Al jaufu' ialah bahagian rongga kerongkong hingga rongga mulut. Huruf yang keluar daripadanya ialah ا و ي.

Contohnya:
1.Alif  sukun sebelumnya berbaris fatha' ( وما قلى )
2. Waw sukun sebelumnya berbaris dhomma'( ويقولون  )
3. ya' sukun sebelumnya berbaris qasro' ( في دين )

PENGERTIAN ALHALKU
Alhalku ialah bahagian khalkum atau kerongkong yang keluar daripadanya enam huruf berikut :
(   ء,ه,ع,غ,ح,خ  )
Bahagian Makhraj Alhalku ada 3 iaitu:
*Pangkal halkum ( ء,ه)
*Tengah halkum  ( ح ع)
*Hujung halkum  ( غ خ)

PENGERTIAN AL-LISAN
Al-lisan ialah lidah.
Hurufnya ada lapan belas huruf iaitu:
( ت ث ج د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ق ك ل ن دان ي  )
BAHAGIAN AL-LISAN
*Pangkal Lidah (  ق ك  )
*Tengah Lidah ( ج ش ي )
*Tepi Lidah  (  ض ل   )
*Hujung Lidah ( ت ث د \ ر ز س ص ط ظ ن  )

PENGERTIAN ASYAFATANI
Asyafatani ialah bibir mulut.
Huruf yang keluar daripadanya iaitu (   ف و ب م    )
Contahnya ialah: وَاقْتَرِب

PENGERTIAN AL-KHOISYUM
Al-khoisyum ialah rongga hidung. Huruf yang keluar daripadanya huruf yang berdengung  (الغنة)
ن dan م (bertasydid), ن ( nun sukun), م ( mim sukun) dan tanwin.